As'kum. Di bawah ada artikel dari Puan Lina (CIMA Agro) yang boleh membantu pengusaha2 cendawan. Terima kasih tak terhingga kepada Puan Lina atas kesudian berkongsi pengalaman. Terima kaseeeeyyyy.
Pengenalan
Memang telah menjadi resam berurusan dengan hidupan pasti akan ada masalah sakit dan matinya. Setakat ini saya pernah melihat beberapa pengusaha yang berhenti separuh jalan kerana 2 sebab sahaja. Perkara ini patut di war warkan kepada semua yang belum terlibat tetapi sudah berminat, supaya mereka merancang semasak-masaknya sebelum menceburkan diri.
Jika anda sudah membuka ladang dan ladang anda diserang penyakit, apakah yang perlu dilakukan? Jabatan atau pihak mana yang boleh diharapkan untuk membantu? Melalui pengalaman saya, kita tidak boleh berharap pada sesiapa pun. Tiada satu jabatan ketika ini yang dikhaskan khusus untuk kaji selidik tanaman cendawan serta penyakitnya. Tidak seperti tanaman industri lain seperti getah dan kelapa sawit yang ada pusat penyelidikannya. Alhamdulillah, pengalaman yang saya dapat selama 6 tahun dalam bidang penanaman cendawan ini membawa saya kepada saya sekarang ini. Kini saya ingin kongsikannya dengan semua,. terutama berkenaan dengan penyakit cendawan. Ia juga menjadi salah satu modul yang diperbincangkan secara mendalam dalam Kursus Intensif Tanaman Cima Agro yang saya adakan. Semoga rakan-rakan satu bidang dengan saya yang juga menganjurkan kursus tanaman cendawan, dapat menyampaikan ilmu saya yang tidak seberapa ini pada peserta kursus masing-masing.
Ada 2 sebab utama yang menyebabkan pengusaha berhenti separuh jalan dalam industri ini.
- Masalah Penyakit
Ada berbagai jenis penyakit cendawan tetapi penyakit yang paling terkenal dalam industri cendawan di Malaysia adalah penyakit hijau dan penyakit oren
- Masalah Pasaran
Masalah ini berlaku dalam tahun 70-80an dahulu dimana kerajaan mempromosikan industri ini secara besar-besaran maka ramailah orang menceburkan diri dalam bidang ini hingga berlaku lambakan. (maklumat dari Jabatan Pertanian)
Pada kali ini saya ingin membincangkan tentang masalah penyakit sahaja kerana ramai yang bertanyakan tentangnya pada saya sejak akhir-akhir ini.
Vektor masalah penyakit cendawan adalah
1. Penyuntik benih
2. Bilik suntik (bilik dan udara bilik)
3. Alat suntik yang bersentuhan benih (pelerai benih dsb)
4. Benih yang disuntik (bebas penyakit?)
5. Beg media yang disuntik (pengukusan sempurna? Penjagaannya?)
Ramai yang terus menyalahkan benih dan ini tidak semestinya betul.
KULAT HIJAU
Jika penyakit yang anda alami adalah beg media berwarna HIJAU.. adalah penting menentukan keluarga hijau tersebut. Tidak semestinya kalau ia berwarna hijau sahaja, ia akan jatuh pada keluarga yang sama. Seperti manusia, berkulit ‘sawo matang’ tidak semestinya berketurunan Melayu. Ada Indonesia, Filipina, Kemboja, Siam dan lain-lain yang juga berkulit sawo matang. Kulat hijau boleh jadi dari keluarga Trichoderma, Aspergillus, Chaetomium, Cladosporium, atau Penicillium. Saya beri contoh mudah.. Jika kulat hijau tersebut asal usul dari lumut hijau tepi longkang, bermakna longkang anda perlu dicuci! Disinilah yang menyebabkan saya perlu ke tempat pengusaha yang bermasalah untuk memerhati dan menganalisa apa penyebabnya. Kadang-kadang pengusaha tidak dapat melihat kesalahan yang mereka lakukan di depan mata dan memerlukan orang luar untuk menegur mereka. Kajian tentang prosedur dan proses kerja mereka juga adalah penting untuk saya mengetahui punca penyakit. Contoh, mengetahui proses pengukusan mereka dapat memastikan pengukusan adalah sempurna atau tidak.
Dalam alam bakteria dan fungi ada 2 jenis kelas.
a) Yang tahan kepanasan tinggi (thermoresistant)
b) Yang tidak tahan panas
Kelas b) akan mati bila kita stim kan ala kadar tetapi kelas a) akan tetap hidup jika pemanasan adalah tidak betul. Jika nasib kita baik, kelas a) ini hanya dalam jumlah yang kecil didalam beg media dan akan dimatikan oleh koloni Mycelia Plerotus yang kita suntik didalamnya pada proses menyuntik nanti. Tapi adalah berbahaya jika bergantung pada nasib jika kita boleh buat pengukusan yang sempurna. Dapatkan jangkasuhu (dalam lingkungan RM80 harga pada 2 tahun dulu) untuk pastikan suhu dan rekodkan suhu paling tinggi dicapai dan ketahui berapa lama ia akan kekal pada suhu itu. Untuk pengetahuan, pengukusan stim yang diguna pakai di Cima Agro tidak pernah mencecah 100C..
Perlu di ingat juga bahawa tidak perlu memasak beg media dengan suhu terlampau tinggi (menggunakan boiler pada suhu atas 100C) kecuali kawalan had suhu dikenakan. Jika tidak, ia akan membunuh bacteria baik (streptomyces) yang ada didalamnya.
PROSEDUR CIMA AGRO
Melalui pengalaman, kami di CIMA AGRO telah mewujudkan prosedur prosedur sekiranya masalah hijau mencapai tahap kerosakkan lebih 10%. Maka kami ingin berkongsi kepada semua pengusaha akan cara-cara kami. Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut.
a) Ambil 9 biji beg kompos.
b) 3 biji dibawa ke bilik tempat anda menyuntik, di buka dan didedahkan kepada udara bilik suntik dalam 1-3 minit (jangan letak benih) dan ditutup semula. Kemudian dieramkan di tempat bersih jauh dari rumah cendawan lain contoh rumah kawan anda, pejabat anda dan sebagainya.
c) 3 biji tidak di buka dan tidak disuntik. Keluar dari tempat kukusan, dibawa terus ke rumah eram..
d) 3 biji tidak di buka dan tidak disuntik. Keluar dari tempat kukusan, dibawa terus ke rumah.hasil.
Jika beberapa hari, b yang tidak berbenih jadi hijau, maka masalah anda bukan dari benih tetapi sebenarnya ia berasal dari bilik benih atau yang menyuntik benih.
Jika b tidak hijau tetapi c atau d hijau bermakna rumah eram/hasil anda telah di penuhi dengan hijau dan perlu di kosongkan dan di basmikuman dengan segera sebelum koloni hijau tersebut bertambah dan berganda. Mungkin juga ia disebabkan oleh kukusan yang tidak sempurna. Jika hijau tersebut timbul di tengah-tengah badan beg media tersebut, maka sahlah kukusan anda tidak sempurna!!
Tetapi jika b tidak hijau maka anda boleh dapat pastikan ia memang asalnya dari benih. Tiada apa masalah dalam kukusan anda. Bermakna pengukusan, bilik suntik, penyuntik (tukang suntik) anda adalah baik. Oleh kerana itu segera hentikan pembelian/pengambilan benih dari sumber biasa dan beralih ke sumber lain.
Disinilah pentingnya ilmu membuat benih sendiri. Jika anda membuat benih sendiri, periksa setiap minggu sebelum kulat hijau tersebut di tutup oleh miselia cendawan kita. Bagi yang menjual benih secara komersil, pemeriksaan setiap minggu ini agak melecehkan untuk mereka. Jika tidak diperiksa pun ia tetap putih melepak selepas tempoh tertentu dan boleh dijual kepada pengusaha cendawan di luar sana termasuk anda. Akhirnya ia merugikan anda sebagai pembeli.
*Jika masalah hijau melanda lepas korekkan, bermakna mungkin anda membuat korekkan atau pembersihan dengan cara yang salah. Untuk pastikan, bawa beberapa beg yang belum dibuka ke tempat pengusaha lain yang tidak mengalami masalah ini. Jika beg tersebut berada dalam keadaan baik di tempat orang, ia mengesahkan penjagaan beg anda adalah salah.
Mengapa kita mesti mengetahui punca penyakit dengan melakukan proses diatas? Bagi saya, jika kita sudah tahu punca penyakit, langkah seterusnya sudah jadi mudah! Hapuskan punca penyakit tersebut dan masalah anda selesai..
Pesanan dari saya…
Dibawah adalah langkah-langkah segera yang perlu diambil sekiranya anda sedang mengalami masalah penyakit.
- Jika anda menggunakan semburan EM ke muncung beg media selepas petik, hentikan segera penggunaannya.
- Bagi mereka yang bermasalah hijau dan menggunakan larutan EM untuk mencuci pengorek beg segera hentikannya dan gantikan dengan air garam.
- Mungkin juga cara siraman anda tidak betul, maka bertanyalah dari mereka yang betul. (Pengusaha yang tiada masalah penyakit)
- Pengurusan penyakit mengikut jenis juga adalah penting. Memang semua penyakit perlu di buang tetapi bagaimana cara membuangnya? Cara membuang penyakit oren adalah berbeza dengan membuang penyakit hijau. Jika anda tidak pasti, sila bertanya pada pengusaha yang tiada masalah penyakit yang berhampiran dengan anda.
- Selain dari itu susun atur lantai dan susun atur jadual kerja pekerja anda yang tidak sesuai juga boleh menjadi penyebab berlakunya rebakan penyakit yang serius. Sebab itu sebelum memulakan projek cendawan ini adalah penting para bakal usahawan memulakannya dengan cara yang betul. Sebarang pembetulan di kemudian hari adalah amat tinggi kosnya.
Di Cima Agro, kami tidak menggunakan EM kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi jika anda memilih untuk menggunakan EM dalam operasi, sila teruskan. Tetapi jika dijangkiti penyakit, hentikan penggunaannya sehingga penyakit tersebut dipulihkan.
Akhir kata, sentiasa ingat, berdoa dan meminta pada Allah s.w.t. untuk menghindarkan penyakit dari tanaman kita juga adalah amalan yang patut anda lakukan. InsyaAllah semuanya akan pulih..
SATU LAGI SUMBANGAN CIMA AGRO UNTUK SEMUA PENGUSAHA CENDAWAN SELURUH MALAYSI
Saturday, August 2, 2008
Artikel dari CIMA Agro
Posted by AgroOne Enterprise at 11:03 AM 0 comments
Wednesday, July 30, 2008
Mist fan
Posted by AgroOne Enterprise at 9:27 AM 1 comments
Tuesday, July 29, 2008
Sekarang kami dah start menuai regularly. Alhamdulillah output ok. Sekali harvest dapatlah 5~8kg. Kami masih buat basic rotation sebab banyak lagi beg yang perlu dibuka untuk 1st time.
Cumanya disebabkan mist system masih tak materialized,so ada yang menampakkan kesan-kesan kurang kelembapan.Ada yang kami tak pasti samada disebabkan kurang air atau apa. Cuba tengok gambor-gambor ni.Macam melecur pun ada...

Kalau ada sesiapa boleh memberikan pandangan dan nasihat kenapa ianya berlaku, kami amatlah berterima kasih
Leceh jugak nak buat mist system sendiri...macam2 org yang kami jumpa untuk ambik nasihat tapi bercampur aduk nasihatnya.Susah sangat beli kipas mist aje lah since kami buat dalam bangunan dan advantage kipas mist adalah pengudaraan yang sentiasa mengalir dan kelembapan disebarkan mengikut flow udara.
Insya allah kami akan postkan the next step
Posted by AgroOne Enterprise at 11:01 AM 2 comments
Tuesday, July 22, 2008
Alhamdullillah segala usaha kami telah mula menampakkan hasil. Pembeli pun dah semakin ramai dan kami akan cuba memuaskan hati pelanggan yang sudi berurusan dengan kami. Segalanya takkan berjaya tanpa berkat doa rakan2 seperjuangan dan ahli keluarga.Tanpa anda siapalah kami
Sekarang ni demand dah melebihi capacity kami dan nampaknya kami perlu mengoptimakan pengeluaran. Alhamdullillah sekali lagi.
Dahulu antara cita2 kami adalah untuk membantu rakan2 seperjuangan dan sesiapa yang memerlukan bantuan terutama sekali kepada rakan2 yang baru mula berkecimpung di dalam bidang cendawan.Kami sedar memang susah bagi yang baru berkecimpung di dalam bidang ini untuk memasarakn hasil product masing2.Kami pun berhadapan dgn masalah yang sama pada awalnya tetapi kami percaya jika kita berusaha bersungguh2 dan dengan ikhlas,insya allah pintu rezeki akan terbuka.
Jadi dengan semangat ukhwah,kami sudi membeli cendawan segar dari sahabat2 dengan harga yang berpatutan insya allah dan kalau segalanya berjalan lancar,kami sudi menjadi one-stop centre bagi pembelian cendawan segar di sekitar lembah kelang,insya allah. Itu pun dengan izin Allah SWT
Jadi jika sudi,sebar2kanlah berita ini kepada sahabat2 yang mengalami kesukaran memasarkan cendawan segar.Insya allah kami akan cuba membantu sahabat2 dan pada masa yang sama,membantu diri kami sendiri
Posted by AgroOne Enterprise at 10:25 PM 0 comments
Saturday, June 14, 2008
Pembukaan batch pertama
Kami dinasihatkan untuk buka batch yang bertanda ASAP oleh En. Malik lalu kami pun dgn pantas membuka lebih kurang 500 beg yang bertanda ASAP
Netting kelambu yang kami pasang sendiri.Ok la tu, janji dapat kaver beg cendawan kami udah le.Bila ada masa lapang nanti,kita coba buat cantek sikitKira2 selepas 7 hari, beg2 yang dah buka bertunas dan mengeluarkan hasil!Kelam-kabut kami dibuatnya i.e. dah petik dan jual.Seronok tengok dah ada hasil
Alhamdullillah....usaha kami dah mula diberkati.Banyak jugak yang keluar.Kami tak expect banyak yang akan keluar awal2 ni
Tu dia...ada yang berkembar2 tumbuh dari satu beg.Ni kira beg tu subur la tu.Beranak-pinak. Besar family dia tu
Dari segi total kg yang kami dapat,kalau ikutkan kami dapat dekat 10kg jugak la 1st batch ni. Malangnya,cuma 5.5kg pertama yang dapat kami jual.Yang lebihnya tak dapek buek apo2 sebab terlambat petik (yolah kan,masing2 kojo) jadi ada lebih kurang 4.5kg dah kering. Nak buek camno,kami buang ajolah..... sodeh jugak nengokkan tapi nak buek camno. Takpa lah... lesson learnt.Lopeh ni jangan ngado2 nak bertangguh
Ni sebahagian dari hasil pertama.Den lambakkan atas tikar, nak tangkap gambar punyo pasal! Senyum!!! Klik!Klik!
Ni apa spesis pun kami tak tau.Bertunas dari satu mak satu bapak tapi anak ramai.Meriah betul kalau masa raya nih!
Antara yang besau-besau. Penuh tapak tangan den.Nak buat tuala lap muka pun buleh ni
Yang ni pun besau jugak tapi yang peliknya ada bunga pulak kat tengah2. Ni spesis petani kot... tongah membosa pun sompek tanam bungo... hahaha
Alhamdullillah....syukur kehadrat Ilahi.Semoga perjuangan kami diberkati dan dirahmatiNya. Amin.
Posted by AgroOne Enterprise at 12:07 PM 0 comments
Monday, June 9, 2008
Alhamdullillah, sampai juga 5000 bongkah cendawan yg kami order dari Mutiara Cendawan. Sepatutnya sampai malam 5/6/08 tapi ada masalah lori so kami agree untuk receive pagi 6/6/08
Malangnya, hanya 1/5 partner yg dapat hadir untuk receive bongkah so bengkoklah badan! Anyway, sejam lepas tu kami pun datang ramai2 untuk menyusun bongkah ke rack.Tak sempat buek pagi,kami sambung ptg sampai malam
Seronok tengok rack dihuni bongkah cendawan.Sebelum ni lapang bebona tapi sekarang dah redup. Seronok tengok dah ada bongkah cendawan Terima kasih diucapkan kepada En.Malik dari Mutiara Cendawan diatas delivery bongkah cendawan.Terima kasih daun keladi!
Posted by AgroOne Enterprise at 5:02 PM 1 comments
Thursday, May 1, 2008
Pencarian satu penyiksaan
Pada awal2 perancangan,kami bercadang untuk membuat bangsal 20' x 40' dan tapak pun dah ada i.e. Janda Baik . Memang tempat tu sesuai sangat; tepi bukit dan sungai,ada rumah,kolam ikan dan ada penjaga lagi (milik ayahanda Syammim). Pagi2 memang sejuk,air guna air sungai aje. Pendek kata,kalau betul2 nak tanam cendawan Shitake pun boleh
Besar memang besar.Bila calculate boleh tampung 12k-20k bongkah kalau design betulMalang,condition kedai tak memuaskan hati (kotor,pintu pecah,piping rosak etc..etc..) dan sikap tuan kedai macam nak tak nak pun membuatkan kami tak seronok nak deal. So kami teruskan mencari
Last2 dah penat mencari,kami resort menggunakan Real Estate Agent yang Anazim pernah guna lalu dapek lah satu kodai 1 1/2 tingkat dgn harga RM800. Nak jadi cerita pulak,penyewa kedai sebelah bila dapat tau kami nak sewa,cepat2 contact owner kedai tu directly dan terus sewa. Adoi la.... banyak betul dugaan. Ntah apa la sebabnya dengki bebona... Takpa lah, Tuhan nak menguji tahap mana kemahuan kami
Then dapat lagi kedai dekat2 situ juga dgn design yang sama. Lagi murah RM650. Dah agree dan bayar deposit dah. Tetiba tuan kedai tu tak jadi sewakan pun, dia ada dispute dgn isteri (masalah rumahtangga kot) so tak dapek laie.
Kira dah nak frustlah agent kami.Namun Allah SWT maha kaya. Rupanya sesama owner kedai2 dekat situ ada persatuan dan mereka buat meeting.Kebetulan agent kami ni tau pasal meeting tu,terus pergi dan akhirnya dapatlah jugak kami kedai 1 1/2 tingkat dgn RM700. Design lebih kurang sama dgn sebelumnya cuma besar sikit.Alhamdullillah
Owner kedai pun baik hati jugak.Kedai tu kami orang pertama sewa so condition ok lagi.Cuma ada wiring yg dah di'kidnapped' dan dijual.So owner tu dgn baik hati replace semua wiring,plumbing working,pasang grill lagi pintu depan dan verandah etc...etc... Ada hikmat tak dapat kedai sebelum2 ni.Allah SWT nak bantu permudahkan...alhamdulillah. Cuma lampu dan kipas kami pasang sendiriAlhamdullillah...semoga usaha2 kami diberkatiNya insya allah.Amin.
Posted by AgroOne Enterprise at 11:22 AM 0 comments

