Monday, September 8, 2008

Syahid cendawan

Aduh aduh.... bongkah kami dah kena attack dgn kulat hijau. +/- 600 bongkah yang cedera diperbatasan. Serangan yang dianggarkan berlaku kira2 2-3 minggu lepas telah gagal ditewaskan dan akhirnya ramai yang syahid


Salah kami jugak sebab tak buat counter-attack. Yelah,masing2 sibuk kerja dan datang pun sebab nak harvest + tutup/bukak penutup. Cleanliness terabai,SOP terbabas etc...etc...

A bitter lesson learnt tapi sebagai org baru dalam bidang ni,kami perlu perkuatkan azam dan keep moving forward dgn meng'adjust' tatatertib didalam kedai

So,semalam kami semua menyingsing lengan dan melipat seluar, membasuh lantai+rak+dapur dgn dettol,mengemas kembali bongkah2,mengasingkan bongkah yg syahid ke tempat yg dah diasingkan,menutup semua bongkah dgn penutup rehat,spray air garam ke seluruh penutup + bongkah,tutup terus mist fan dan akan rehat seminggu untuk memantau


Pikir2 balik,ini terjadi sebab mula2 dulu,bila kami korek selepas petik,tak dicelupkan kedalam air garam untuk basmi kulat.So setiap kali pengorek yang sama digunakan,theoretically kulat tu akan tersebar sekali. Ini diburukkan lagi dengan penggunaan kipas industrial so kulat tu lagi aggressively tersebar. So lepas ni kami akan guna mistnya sahaja dan akan diubah kedudukan kipas tersebut

So bongkah2 yg rosak tu?Ada kawan kami yang buat projek cendawan ambik sikit utk eksperimen dan selebihnya kami ada plan utk salvagekan mana yg boleh i.e. utk bongkah2 yg ada infection di atas sahaja,kami akan keluarkan dan potong bahagian yg infected dan buang dan yang elok akan dimasukkan kedalam plastik baru dan diperam dan dipantau. Jadi atau tidak, wallahualam. Mungkin otai2 cendawan boleh bagi petunjuk;kiranya 'ihdinassiratolmustaqim' la.

So bulan puasa ni kami rehatkan cendawan utk proses pemantauan.

Banyak tu...:(

Lopeh ni kalau jadi jugak,aku sembelih sekor2 bongkah (acah je)

SOP perlu diperelokkan dan dikut

Lesson learnt?
1. Jauhkan fan+mist dari kena direct kpd cendawan... cendawan jadi lunyai,lembik dan lutsinar
2. Sebelum korek bongkah,pastikan pengorek dicelup dgn air garam utk bunuh kuman/kulat (mengurangkan peratus infection)
3. Masing2 kena amalkan 5S i.e. basuh tgn dgn dettol atau air garam sebelum mula,pakaian ok,kasut ok,serpihan2 cendawan dikutip, etc...etc..
4. kalau dah ada infection,cepat2 buat countermeasure i.e. asingkan ditempat yang terasing dan kalau boleh selamatkan,buatlah. Yang dah syahid tu, jualkan kepada pengusaha cacing atau recycle bali utk buat bongkah baru (of course kena disinfect, jemur,kukus balik,suntik benih balik dan guna beg plastik baru

Mungkin sahabat2 pengusaha boleh bagi tips2 yang boleh membantu? Nanti kami belanja makan :)

Saturday, August 2, 2008

Artikel dari CIMA Agro

As'kum. Di bawah ada artikel dari Puan Lina (CIMA Agro) yang boleh membantu pengusaha2 cendawan. Terima kasih tak terhingga kepada Puan Lina atas kesudian berkongsi pengalaman. Terima kaseeeeyyyy.


Pengenalan

Memang telah menjadi resam berurusan dengan hidupan pasti akan ada masalah sakit dan matinya. Setakat ini saya pernah melihat beberapa pengusaha yang berhenti separuh jalan kerana 2 sebab sahaja. Perkara ini patut di war warkan kepada semua yang belum terlibat tetapi sudah berminat, supaya mereka merancang semasak-masaknya sebelum menceburkan diri.

Jika anda sudah membuka ladang dan ladang anda diserang penyakit, apakah yang perlu dilakukan? Jabatan atau pihak mana yang boleh diharapkan untuk membantu? Melalui pengalaman saya, kita tidak boleh berharap pada sesiapa pun. Tiada satu jabatan ketika ini yang dikhaskan khusus untuk kaji selidik tanaman cendawan serta penyakitnya. Tidak seperti tanaman industri lain seperti getah dan kelapa sawit yang ada pusat penyelidikannya. Alhamdulillah, pengalaman yang saya dapat selama 6 tahun dalam bidang penanaman cendawan ini membawa saya kepada saya sekarang ini. Kini saya ingin kongsikannya dengan semua,. terutama berkenaan dengan penyakit cendawan. Ia juga menjadi salah satu modul yang diperbincangkan secara mendalam dalam Kursus Intensif Tanaman Cima Agro yang saya adakan. Semoga rakan-rakan satu bidang dengan saya yang juga menganjurkan kursus tanaman cendawan, dapat menyampaikan ilmu saya yang tidak seberapa ini pada peserta kursus masing-masing.

Ada 2 sebab utama yang menyebabkan pengusaha berhenti separuh jalan dalam industri ini.

- Masalah Penyakit
Ada berbagai jenis penyakit cendawan tetapi penyakit yang paling terkenal dalam industri cendawan di Malaysia adalah penyakit hijau dan penyakit oren

- Masalah Pasaran
Masalah ini berlaku dalam tahun 70-80an dahulu dimana kerajaan mempromosikan industri ini secara besar-besaran maka ramailah orang menceburkan diri dalam bidang ini hingga berlaku lambakan. (maklumat dari Jabatan Pertanian)

Pada kali ini saya ingin membincangkan tentang masalah penyakit sahaja kerana ramai yang bertanyakan tentangnya pada saya sejak akhir-akhir ini.

Vektor masalah penyakit cendawan adalah

1. Penyuntik benih
2. Bilik suntik (bilik dan udara bilik)
3. Alat suntik yang bersentuhan benih (pelerai benih dsb)
4. Benih yang disuntik (bebas penyakit?)
5. Beg media yang disuntik (pengukusan sempurna? Penjagaannya?)

Ramai yang terus menyalahkan benih dan ini tidak semestinya betul.


KULAT HIJAU

Jika penyakit yang anda alami adalah beg media berwarna HIJAU.. adalah penting menentukan keluarga hijau tersebut. Tidak semestinya kalau ia berwarna hijau sahaja, ia akan jatuh pada keluarga yang sama. Seperti manusia, berkulit ‘sawo matang’ tidak semestinya berketurunan Melayu. Ada Indonesia, Filipina, Kemboja, Siam dan lain-lain yang juga berkulit sawo matang. Kulat hijau boleh jadi dari keluarga Trichoderma, Aspergillus, Chaetomium, Cladosporium, atau Penicillium. Saya beri contoh mudah.. Jika kulat hijau tersebut asal usul dari lumut hijau tepi longkang, bermakna longkang anda perlu dicuci! Disinilah yang menyebabkan saya perlu ke tempat pengusaha yang bermasalah untuk memerhati dan menganalisa apa penyebabnya. Kadang-kadang pengusaha tidak dapat melihat kesalahan yang mereka lakukan di depan mata dan memerlukan orang luar untuk menegur mereka. Kajian tentang prosedur dan proses kerja mereka juga adalah penting untuk saya mengetahui punca penyakit. Contoh, mengetahui proses pengukusan mereka dapat memastikan pengukusan adalah sempurna atau tidak.


Dalam alam bakteria dan fungi ada 2 jenis kelas.

a) Yang tahan kepanasan tinggi (thermoresistant)
b) Yang tidak tahan panas

Kelas b) akan mati bila kita stim kan ala kadar tetapi kelas a) akan tetap hidup jika pemanasan adalah tidak betul. Jika nasib kita baik, kelas a) ini hanya dalam jumlah yang kecil didalam beg media dan akan dimatikan oleh koloni Mycelia Plerotus yang kita suntik didalamnya pada proses menyuntik nanti. Tapi adalah berbahaya jika bergantung pada nasib jika kita boleh buat pengukusan yang sempurna. Dapatkan jangkasuhu (dalam lingkungan RM80 harga pada 2 tahun dulu) untuk pastikan suhu dan rekodkan suhu paling tinggi dicapai dan ketahui berapa lama ia akan kekal pada suhu itu. Untuk pengetahuan, pengukusan stim yang diguna pakai di Cima Agro tidak pernah mencecah 100C..

Perlu di ingat juga bahawa tidak perlu memasak beg media dengan suhu terlampau tinggi (menggunakan boiler pada suhu atas 100C) kecuali kawalan had suhu dikenakan. Jika tidak, ia akan membunuh bacteria baik (streptomyces) yang ada didalamnya.


PROSEDUR CIMA AGRO

Melalui pengalaman, kami di CIMA AGRO telah mewujudkan prosedur prosedur sekiranya masalah hijau mencapai tahap kerosakkan lebih 10%. Maka kami ingin berkongsi kepada semua pengusaha akan cara-cara kami. Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut.

a) Ambil 9 biji beg kompos.
b) 3 biji dibawa ke bilik tempat anda menyuntik, di buka dan didedahkan kepada udara bilik suntik dalam 1-3 minit (jangan letak benih) dan ditutup semula. Kemudian dieramkan di tempat bersih jauh dari rumah cendawan lain contoh rumah kawan anda, pejabat anda dan sebagainya.
c) 3 biji tidak di buka dan tidak disuntik. Keluar dari tempat kukusan, dibawa terus ke rumah eram..
d) 3 biji tidak di buka dan tidak disuntik. Keluar dari tempat kukusan, dibawa terus ke rumah.hasil.

Jika beberapa hari, b yang tidak berbenih jadi hijau, maka masalah anda bukan dari benih tetapi sebenarnya ia berasal dari bilik benih atau yang menyuntik benih.

Jika b tidak hijau tetapi c atau d hijau bermakna rumah eram/hasil anda telah di penuhi dengan hijau dan perlu di kosongkan dan di basmikuman dengan segera sebelum koloni hijau tersebut bertambah dan berganda. Mungkin juga ia disebabkan oleh kukusan yang tidak sempurna. Jika hijau tersebut timbul di tengah-tengah badan beg media tersebut, maka sahlah kukusan anda tidak sempurna!!

Tetapi jika b tidak hijau maka anda boleh dapat pastikan ia memang asalnya dari benih. Tiada apa masalah dalam kukusan anda. Bermakna pengukusan, bilik suntik, penyuntik (tukang suntik) anda adalah baik. Oleh kerana itu segera hentikan pembelian/pengambilan benih dari sumber biasa dan beralih ke sumber lain.

Disinilah pentingnya ilmu membuat benih sendiri. Jika anda membuat benih sendiri, periksa setiap minggu sebelum kulat hijau tersebut di tutup oleh miselia cendawan kita. Bagi yang menjual benih secara komersil, pemeriksaan setiap minggu ini agak melecehkan untuk mereka. Jika tidak diperiksa pun ia tetap putih melepak selepas tempoh tertentu dan boleh dijual kepada pengusaha cendawan di luar sana termasuk anda. Akhirnya ia merugikan anda sebagai pembeli.

*Jika masalah hijau melanda lepas korekkan, bermakna mungkin anda membuat korekkan atau pembersihan dengan cara yang salah. Untuk pastikan, bawa beberapa beg yang belum dibuka ke tempat pengusaha lain yang tidak mengalami masalah ini. Jika beg tersebut berada dalam keadaan baik di tempat orang, ia mengesahkan penjagaan beg anda adalah salah.

Mengapa kita mesti mengetahui punca penyakit dengan melakukan proses diatas? Bagi saya, jika kita sudah tahu punca penyakit, langkah seterusnya sudah jadi mudah! Hapuskan punca penyakit tersebut dan masalah anda selesai..


Pesanan dari saya…

Dibawah adalah langkah-langkah segera yang perlu diambil sekiranya anda sedang mengalami masalah penyakit.

- Jika anda menggunakan semburan EM ke muncung beg media selepas petik, hentikan segera penggunaannya.

- Bagi mereka yang bermasalah hijau dan menggunakan larutan EM untuk mencuci pengorek beg segera hentikannya dan gantikan dengan air garam.


- Mungkin juga cara siraman anda tidak betul, maka bertanyalah dari mereka yang betul. (Pengusaha yang tiada masalah penyakit)

- Pengurusan penyakit mengikut jenis juga adalah penting. Memang semua penyakit perlu di buang tetapi bagaimana cara membuangnya? Cara membuang penyakit oren adalah berbeza dengan membuang penyakit hijau. Jika anda tidak pasti, sila bertanya pada pengusaha yang tiada masalah penyakit yang berhampiran dengan anda.


- Selain dari itu susun atur lantai dan susun atur jadual kerja pekerja anda yang tidak sesuai juga boleh menjadi penyebab berlakunya rebakan penyakit yang serius. Sebab itu sebelum memulakan projek cendawan ini adalah penting para bakal usahawan memulakannya dengan cara yang betul. Sebarang pembetulan di kemudian hari adalah amat tinggi kosnya.


Di Cima Agro, kami tidak menggunakan EM kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi jika anda memilih untuk menggunakan EM dalam operasi, sila teruskan. Tetapi jika dijangkiti penyakit, hentikan penggunaannya sehingga penyakit tersebut dipulihkan.

Akhir kata, sentiasa ingat, berdoa dan meminta pada Allah s.w.t. untuk menghindarkan penyakit dari tanaman kita juga adalah amalan yang patut anda lakukan. InsyaAllah semuanya akan pulih..

SATU LAGI SUMBANGAN CIMA AGRO UNTUK SEMUA PENGUSAHA CENDAWAN SELURUH MALAYSI

Wednesday, July 30, 2008

Mist fan


Haa....sekarang kami dah ada mist fan.Baru beli kat Jalan Pasar.Dapat harga menarik. So semalam kami pasang bersama2 digital timer. Kami dah buat interval untuk on/off dan kami lebihkan giliran pada 11am sampai 3pm sebab masa tu memang panas.

Cendawan yang terletak di rak yang hujung sekali berdekatan dengan tingkap lebih cenderung kering.So insya allah dengan adanya mist fan ni,pengaliran udara pun bertambah baik dan kelembapan dapat dikekalan di sekitar 80% keatas.Selama ni dapat 70%+ aje.Kalau hujan dan masa kami sembur air baru 90%. Sekarang takda la penat sangat nak pegi selalu untuk lembapkan kedai

Buat masa ni, dengan penggunaan mist fan ,berdasarkan kepada hygrometer,humidity dapat dikekalkan kepada 90%! Yeahh....alhamdulillah...

Dari masa ke semasa kami akan postkan keberkesanan mist fan ni terhadap output cendawan insya allah...

Tuesday, July 29, 2008

Sekarang kami dah start menuai regularly. Alhamdulillah output ok. Sekali harvest dapatlah 5~8kg. Kami masih buat basic rotation sebab banyak lagi beg yang perlu dibuka untuk 1st time.



Cumanya disebabkan mist system masih tak materialized,so ada yang menampakkan kesan-kesan kurang kelembapan.Ada yang kami tak pasti samada disebabkan kurang air atau apa. Cuba tengok gambor-gambor ni.Macam melecur pun ada...







Kalau ada sesiapa boleh memberikan pandangan dan nasihat kenapa ianya berlaku, kami amatlah berterima kasih

Leceh jugak nak buat mist system sendiri...macam2 org yang kami jumpa untuk ambik nasihat tapi bercampur aduk nasihatnya.Susah sangat beli kipas mist aje lah since kami buat dalam bangunan dan advantage kipas mist adalah pengudaraan yang sentiasa mengalir dan kelembapan disebarkan mengikut flow udara.

Insya allah kami akan postkan the next step

Tuesday, July 22, 2008

Alhamdullillah segala usaha kami telah mula menampakkan hasil. Pembeli pun dah semakin ramai dan kami akan cuba memuaskan hati pelanggan yang sudi berurusan dengan kami. Segalanya takkan berjaya tanpa berkat doa rakan2 seperjuangan dan ahli keluarga.Tanpa anda siapalah kami

Sekarang ni demand dah melebihi capacity kami dan nampaknya kami perlu mengoptimakan pengeluaran. Alhamdullillah sekali lagi.

Dahulu antara cita2 kami adalah untuk membantu rakan2 seperjuangan dan sesiapa yang memerlukan bantuan terutama sekali kepada rakan2 yang baru mula berkecimpung di dalam bidang cendawan.Kami sedar memang susah bagi yang baru berkecimpung di dalam bidang ini untuk memasarakn hasil product masing2.Kami pun berhadapan dgn masalah yang sama pada awalnya tetapi kami percaya jika kita berusaha bersungguh2 dan dengan ikhlas,insya allah pintu rezeki akan terbuka.

Jadi dengan semangat ukhwah,kami sudi membeli cendawan segar dari sahabat2 dengan harga yang berpatutan insya allah dan kalau segalanya berjalan lancar,kami sudi menjadi one-stop centre bagi pembelian cendawan segar di sekitar lembah kelang,insya allah. Itu pun dengan izin Allah SWT

Jadi jika sudi,sebar2kanlah berita ini kepada sahabat2 yang mengalami kesukaran memasarkan cendawan segar.Insya allah kami akan cuba membantu sahabat2 dan pada masa yang sama,membantu diri kami sendiri

Saturday, June 14, 2008

Pembukaan batch pertama

Kami dinasihatkan untuk buka batch yang bertanda ASAP oleh En. Malik lalu kami pun dgn pantas membuka lebih kurang 500 beg yang bertanda ASAP

Dalam masa menunggu tu,Operation Managers (Syammim dan Sharaf) dah letak netting 'kelambu' utk mengawal sinaran matahari dan cuba memerangkap kelembapan.Cuma kena planning betul2 ventilation. Exhaust fan dalam proses pembelian dan pemasangan. Barangan mist sedang diorder. Mist system kami cuba design sendiri mengambil kira nasihat kawan2 dan juga observation blog2 cendawan rakan2 seperjuangan. Tgh tunggu fogging nozzle dan kelengkapan lain2 dari Sabak Agro + quotation


Netting kelambu yang kami pasang sendiri.Ok la tu, janji dapat kaver beg cendawan kami udah le.Bila ada masa lapang nanti,kita coba buat cantek sikit

Kira2 selepas 7 hari, beg2 yang dah buka bertunas dan mengeluarkan hasil!Kelam-kabut kami dibuatnya i.e. dah petik dan jual.Seronok tengok dah ada hasil

Wah wah wah...... melompat keseronokkan kami tengok cendawan2 yang keluar

Alhamdullillah....usaha kami dah mula diberkati.Banyak jugak yang keluar.Kami tak expect banyak yang akan keluar awal2 ni


Tu dia...ada yang berkembar2 tumbuh dari satu beg.Ni kira beg tu subur la tu.Beranak-pinak. Besar family dia tu

Dari segi total kg yang kami dapat,kalau ikutkan kami dapat dekat 10kg jugak la 1st batch ni. Malangnya,cuma 5.5kg pertama yang dapat kami jual.Yang lebihnya tak dapek buek apo2 sebab terlambat petik (yolah kan,masing2 kojo) jadi ada lebih kurang 4.5kg dah kering. Nak buek camno,kami buang ajolah..... sodeh jugak nengokkan tapi nak buek camno. Takpa lah... lesson learnt.Lopeh ni jangan ngado2 nak bertangguh

Ni hasil kutipan yg pertama.Lebih kurang 2kg+.Penimbang pun pinjam penimbang kuih orang tuo den.... hehehe

Ni sebahagian dari hasil pertama.Den lambakkan atas tikar, nak tangkap gambar punyo pasal! Senyum!!! Klik!Klik!


Ni apa spesis pun kami tak tau.Bertunas dari satu mak satu bapak tapi anak ramai.Meriah betul kalau masa raya nih!


Antara yang besau-besau. Penuh tapak tangan den.Nak buat tuala lap muka pun buleh ni


Yang ni pun besau jugak tapi yang peliknya ada bunga pulak kat tengah2. Ni spesis petani kot... tongah membosa pun sompek tanam bungo... hahaha

Alhamdullillah....syukur kehadrat Ilahi.Semoga perjuangan kami diberkati dan dirahmatiNya. Amin.

Monday, June 9, 2008

Alhamdullillah, sampai juga 5000 bongkah cendawan yg kami order dari Mutiara Cendawan. Sepatutnya sampai malam 5/6/08 tapi ada masalah lori so kami agree untuk receive pagi 6/6/08

Malangnya, hanya 1/5 partner yg dapat hadir untuk receive bongkah so bengkoklah badan! Anyway, sejam lepas tu kami pun datang ramai2 untuk menyusun bongkah ke rack.Tak sempat buek pagi,kami sambung ptg sampai malam


Seronok tengok rack dihuni bongkah cendawan.Sebelum ni lapang bebona tapi sekarang dah redup. Seronok tengok dah ada bongkah cendawan

Terima kasih diucapkan kepada En.Malik dari Mutiara Cendawan diatas delivery bongkah cendawan.Terima kasih daun keladi!

Thursday, May 1, 2008

Pencarian satu penyiksaan

Pada awal2 perancangan,kami bercadang untuk membuat bangsal 20' x 40' dan tapak pun dah ada i.e. Janda Baik . Memang tempat tu sesuai sangat; tepi bukit dan sungai,ada rumah,kolam ikan dan ada penjaga lagi (milik ayahanda Syammim). Pagi2 memang sejuk,air guna air sungai aje. Pendek kata,kalau betul2 nak tanam cendawan Shitake pun boleh

Malangnya,timbul masalah kos transportation dan kos tol (kalau tak lalu jalan gombak lamalah). So idea untuk buat di Janda Baik di KIV
Kemudian mencari2 juga disekitar kawasan yang reachable sesama bisnes partner.Malang tanah2 yang ada tak berapa sesuai dari segi environment.Lagi pun kami takut nak invest aset bangsal RM10k atas tanah orang,mana la tau tetiba orang tu nak tanah dia balik, abeh aset RM1ok.

So timbullah idea untuk menggunakan kedai. Anazim yang tinggal di Taman Putra Perdan,Puchong mencadangkan kedai2 disitu memandangkan harga sewa masih murah. Cari punya carik,jumpalah satu kedai ni.Sewa RM700 dan besar pulak tu macam gudang mini.Kawasan terpencillah tu yang murah tu


Besar memang besar.Bila calculate boleh tampung 12k-20k bongkah kalau design betul

Malang,condition kedai tak memuaskan hati (kotor,pintu pecah,piping rosak etc..etc..) dan sikap tuan kedai macam nak tak nak pun membuatkan kami tak seronok nak deal. So kami teruskan mencari


Last2 dah penat mencari,kami resort menggunakan Real Estate Agent yang Anazim pernah guna lalu dapek lah satu kodai 1 1/2 tingkat dgn harga RM800. Nak jadi cerita pulak,penyewa kedai sebelah bila dapat tau kami nak sewa,cepat2 contact owner kedai tu directly dan terus sewa. Adoi la.... banyak betul dugaan. Ntah apa la sebabnya dengki bebona... Takpa lah, Tuhan nak menguji tahap mana kemahuan kami


Then dapat lagi kedai dekat2 situ juga dgn design yang sama. Lagi murah RM650. Dah agree dan bayar deposit dah. Tetiba tuan kedai tu tak jadi sewakan pun, dia ada dispute dgn isteri (masalah rumahtangga kot) so tak dapek laie.


Kira dah nak frustlah agent kami.Namun Allah SWT maha kaya. Rupanya sesama owner kedai2 dekat situ ada persatuan dan mereka buat meeting.Kebetulan agent kami ni tau pasal meeting tu,terus pergi dan akhirnya dapatlah jugak kami kedai 1 1/2 tingkat dgn RM700. Design lebih kurang sama dgn sebelumnya cuma besar sikit.Alhamdullillah

Owner kedai pun baik hati jugak.Kedai tu kami orang pertama sewa so condition ok lagi.Cuma ada wiring yg dah di'kidnapped' dan dijual.So owner tu dgn baik hati replace semua wiring,plumbing working,pasang grill lagi pintu depan dan verandah etc...etc... Ada hikmat tak dapat kedai sebelum2 ni.Allah SWT nak bantu permudahkan...alhamdulillah. Cuma lampu dan kipas kami pasang sendiri

Alhamdullillah...semoga usaha2 kami diberkatiNya insya allah.Amin.



Monday, January 21, 2008

Belajar pasal cendawan

Kami mula berjinak2 dgn idea cendawan ni apabila kami pergi training pada 19/1/08 di Ulu Yam dibawah Abg Sharif. Kami bertiga pergi dengan penuh semangat.Sepanjang perjalana dalam kereta memang takda topik lain,cendawannnnn belaka. Maklumlah tgh bersemangat. Tempat ni pun kawan kami Cho yang perkenalkan.Masa tu memang tak tau ada komuniti aktif dgn cendawan dalam blog so ingatkan antara org yang awal2 la...ghopanya antara yang 'terlambat'... hehehehe..


Ni kiranya jadi pekerja buruh sementara sambil ada mandur menjaga...hahaha...penat Anazim dan Hidir....aku tgh rilek kejap kat belakang tangkap gambo. Konon dah penat...padahal ngelat..

Ni kami ramai2 transfer bancuh keluar pulak,dalam sompit sikit.Masa ni aku dan Cho pulak kerja keras.Anazim jadi delivery boy bawak habuk kayu dalam baldi.Rajin betul Anazim ni.Susah jumpa orang macam ni


Ni tongah memadatkan bongkah cendawan.Mula2 buat mencangkuk,lopeh tu belakang pun out.Tu yang buat sambil duduk atas kerusi.Serius tu muka....


Ni pengukus bongkah cendawan yang Abg Sharif ado...buek sendiri kalau tak salah aku.Buleh isi 1000 beg.Hidir tgh calculate cost buat pengukus tu kot...

Ni bangsal (macam rumah pun ada besarnya) utk buat dan peram bongkah cendawan. Abg Sharif menggunakan ramai part-timer i.e. org2 kampung kat situ (makcik2,bebudak etc...) utk buat bongkah cendawan.Kiranya dalam masa yang sama dia menolong ekonomi org kampung jugaklah.Cuma bila nak letak benih baru Abg Sharif yang buat.Sebahagian daripada bangsal tu disponsor oleh jabatan pertanian

Ni antara rumah2 cendawan yang Abg Sharif ada. Anazim nak bergambar jugak...bolehlah... apa salahnya ada model

Tgh menyejukkan bongkah.Kesian....kepanasan bongkah2 tu.Tu yang kena mandi. Abg Sharif guno Karcher je.... janji jangan mengado2 tembak direct kat beg cendawan sudah...bocor pulak nanti. Sonang jo kojo

Ni tengah mengkagumi hasil cendawan.Seronok tengok hasil orang apatah lagi nanti bila hasil sendiri dah ado.Anazim sampai ternganga.Fadli siap tarik tangga nak petik yang atas

Ni sample rack yang Abg Sharif ado.Simple aje yet working and serves the purpose nicely. Tu bumbung bangsal dia guna banner2 iklan terpakai. Murah je ... berapa sen semeter.Nak beli boleh beli dgn dia


Apa2 hal pun,ni yang paling special...lunch disediakan dengan menu apo lagikan...cendawan ler! Pelbagai jenis masakan berasaskan cendawan disediakan. Kembung perut den...rasa nak tapau pun ada.Memang tak malu

Sepanjang training cendawan ni banyak membuka mata kami tentang potensi industri cendawan.Ada jugak kami bertanya kenapa tak eksport.Jawapan yang diterima sedikit sebanyak menyemarakkan semangat kami.... " Untuk pasaran dalam Malaysia pun tak cukup untuk disupply....camno nak exsport." .Oklah tu... kiranya kalau betul cara production dan penjagaan dan paling penting marketing,insya allah boleh berjaya. Cumanya harap2 tak hangat2 taik ayam la... insya allah

Lepas training,kami (Fadli,Hidir dan Anazim) sepakat untuk bergabung tenaga untuk buat syarikat bersama dan mengusahakan cendawan lalu terbentuklah AgroOne Enterprise bersama-sama 2 lagi bisnes partner i.e. Sharaf dan Syammim

 
AgroOne Enterprise © 2007 Template feito por Templates para Você