Wednesday, July 30, 2008

Mist fan


Haa....sekarang kami dah ada mist fan.Baru beli kat Jalan Pasar.Dapat harga menarik. So semalam kami pasang bersama2 digital timer. Kami dah buat interval untuk on/off dan kami lebihkan giliran pada 11am sampai 3pm sebab masa tu memang panas.

Cendawan yang terletak di rak yang hujung sekali berdekatan dengan tingkap lebih cenderung kering.So insya allah dengan adanya mist fan ni,pengaliran udara pun bertambah baik dan kelembapan dapat dikekalan di sekitar 80% keatas.Selama ni dapat 70%+ aje.Kalau hujan dan masa kami sembur air baru 90%. Sekarang takda la penat sangat nak pegi selalu untuk lembapkan kedai

Buat masa ni, dengan penggunaan mist fan ,berdasarkan kepada hygrometer,humidity dapat dikekalkan kepada 90%! Yeahh....alhamdulillah...

Dari masa ke semasa kami akan postkan keberkesanan mist fan ni terhadap output cendawan insya allah...

1 comments:

ayne said...

jgn gunakan kipas dlm rumah cendawan masa cendawan nak tumbuh(2-3 hari lepas buka penutup) nanti cendawan jadi kering sebelum matang

 
AgroOne Enterprise © 2007 Template feito por Templates para Você